Misha Omar Dedah Wajah Anak Atas Permintaan Ramai

Setelah lebih seminggu ditahan di wad akibat kelahiran pra matang, bayi sulung penyanyi Misha Omar akhirnya dibenarkan pulang malam khamis lalu. Misha yang sebelum ini tidak mendedahkan wajah anaknya, mengumumkan nama bayi tersebut iaitu Muhammad Idris Ezzwa.

anak misha omar

Sumber foto: BH Online

Sebelum ini Misha dilaporkan bersalin awal tiga minggu namun dengan kelahiran secara normal pada 24 Ogos lalu di Hospital Canselor Tunku Mukhriz , Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, pada  jam 10.20 malam.

Menerusi BH Online, Misha mengakui melalui pengalaman yang mencabar sepanjang anaknya ditahan di wad dan dalam pengawasan doktor selama seminggu. “Alhamdulillah, tiada yang lebih menggembirakan apabila doktor memaklumkan perkembangan kesihatan Idris bertambah baik dan dibenarkan pulang. Sepanjang seminggu lalu, saya melalui getir episod kehidupan baharu yang menguji kasih sejati seorang ibu,” ujarnya.

anak misha omar

Tambah Misha, walaupun mempunyai pengalaman membesarkan dua anak angkat sebelum ini iaitu Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4, namun dia dan suaminya, Firos Ezzwan Rosly banyak mempelajari perkara baru sejak kelahiran Idris. Dalam pada itu Misha menjelaskan doktor menasihatinya untuk tidak menerima kunjungan tetamu dalam masa terdekat sehingga Idris benar-benar sihat. Demi permintaan ramai, Misha sudi berkongsi wajah Idris dan berterima kasih di atas doa dan ucapan tahniah yang diterima daripada semua orang. Misha juga kini semakin sihat dan dalam proses menyesuaikan diri dalam keadaan baru.

Foto: BH Online

 

The post Misha Omar Dedah Wajah Anak Atas Permintaan Ramai appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment