Idea Hiasan Dalaman ala Skandinavia

Rekaan hiasan dalaman menggunakan unsur kayu, kulit dan bulu haiwan memberikan elemen segar dan moden bagi kediaman. Ikuti tip Ariff Rijal Shamsul Rijal, Pereka Hiasan Dalaman Kanan dari Joy Design Studio mengenai cara memiliki kediaman ala Skandinavia.

Living Room

Skandinavia adalah sebuah semenanjung yang terletak di utara Eropah. Terkenal dengan rekaan yang ringkas, tenang dan selesa, hiasan dalaman Skandinavia berpaksi pada rekaan yang mementingkan fungsi, fabrik semula jadi, hasil kerja yang halus dan keseimbangan. Walaupun rekaan Skandinavia bermula sejak tahun 50-an dan kembali popular pada tahun 90-an, rekaan ini masih relevan digunakan pada masa kini kerana berciri ringkas dan tumpuan pada fungsi membuatkan penataan dalam kediaman itu kelihatan lebih segar.

Berikut adalah tip bagi individu yang menginginkan konsep hiasan dalaman ala Skandinavia di kediaman bersesuaian dengan iklim tempatan:

Warna

Rona cerah dan semula jadi seperti putih, beige dan pucat menjadi pilihan utama rekaan Skandinavia. Namun dengan memasukkan sedikit warna seperti kuning, hitam dan kelabu akan memberikan impak dan fokus kepada hiasan, tetapi masih ringkas.

Cahaya

Penggunaan cahaya semula jadi adalah salah satu elemen penting bagi rekaan dalaman kediaman. Dengan membenarkan cahaya masuk ke ruang kediaman dengan sebanyak mungkin, ia akan menjadikan ruang itu lebih cerah, segar dan luas. Ini juga ciri rekaan Skandinavia yang mempunyai tingkap luas dan langsir yang minimal.

Bahan

Rekaan Skandinavia menumpukan penggunaan bahan semula jadi seperti kayu sebagai hiasan lantai, dinding dan juga aksesori. Untuk kepelbagaian bahan, penggunaan kulit, besi, tekstil semula jadi (linen dan kapas) dan konkrit digunakan untuk pilihan perabot dan aksesori.

Dinding

Penggunaan warna putih atau cerah untuk majoriti dinding memberikan kesegaran pada ruang dan fokus kepada hiasan dan perabot. Untuk memberikan ‘karakter’ pada ruang kediaman, corak geometrik yang ringkas dan berwarna pastel boleh digunakan pada salah satu dinding di dalam ruangan berkenaan.

Perabot

Rekaan perabot Skandinavia yang berkualiti, kemas dan berfungsi luas adalah kebanggaan mereka. Ia menjadi tumpuan utama di ruang yang ringkas dan cerah.

Luar/Dalam

Rumah Skandinavia mengintegerasikan halaman dan kawasan terbuka ke dalam reka bentuknya. Ini amat sesuai diadaptasi ke dalam rekaan dalaman kita kerana iklim tempatan yang mempunyai satu musim sepanjang tahun.

Fungsi

Mempunyai tujuan dan fungsi adalah menjadi keutamaan dalam faktor memilih setiap satu perabot dan hiasan dalaman rekaan Skandinavia.

Ringkas dan Kemas

Faktor ringkas dan kemas menjadi kunci dalam memilih dekorasi ruang Skandinavia. Dinasihatkan supaya meminimakan alatan atau dekorasi supaya ruang tampak lebih kemas dan segar.

*Foto: Press Loft

The post Idea Hiasan Dalaman ala Skandinavia appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment