Apabila hamil, terdapat banyak perubahan yang akan berlaku sepanjang anda melalui tiga fasa kehamilan. Salah satu perubahan yang ketara adalah pola pemakanan yang berubah sama ada semakin berselera atau sebaliknya.
Sekiranya anda sudah pun menjaga pemakanan seimbang sejak sebelum hamil ini memudahkan anda. Maksudnya mengekalkan pemakanan seimbang sebelum hamil, sewaktu hamil dan selepas hamil memudahkan anda untuk berada dalam zon selamat. Dengan kata lain memudahkan anda kembali kepada berat badan ideal selepas bersalin.
Berikut adalah beberapa tips untuk memastikan diet yang sepatutnya sepanjang tempoh kehamilan.
1) Piramid makanan
Jadikan piramid makanan sebagai rujukan asas apabila anda ingin membuat perancangan menu sihat sepanjang kehamilan. Anda bukan sahaja terdorong dengan pengaruh makan untuk dua orang, malah mengelak mengambil kalori secara berlebihan.
Sumber protein, karbohidrat, vitamin, mineral dan sumber serat daripada sayuran, buah-buahan diambil dalam kapasiti untuk keperluan kalori. Mengambil untuk menampung keperluan penggunaan tenaga dan sumber zat yang sepatutnya.
2) Pelbagaikan menu
Kepelbagaian menu dalam hidangan membantu anda untuk kekal berselera dan mengambil menu yang sesuai. Variasikan menu sihat yang seperti bakar, rebus dan kukus.
Mengekalkan pengambilan buah-buahan yang berwarna-warni dan juga sayuran yang boleh dijadikan salad sebagai pencuci mulut. Sumber jus buah segar seperti tembikai dan jus oren sangat bagus untuk sumber serat. Elakkan minuman berkarbonat yang mengandungi kadar gula yang tinggi. Kopi juga tidak digalakkan untuk wanita hamil.
3) Makan kerap dalam kuantiti yang kecil
Jika anda yang cepat berasa lapar atau selalu muntah. Ini menyebabkan selera makan terbantut dan anda kurang bertenaga. Untuk memberi tubuh keperluan kalori secukupnya, makan dengan kuantiti yang kecil tetapi kerap. Ini untuk mengelakkan anda lesu dan terus menerus tidak bertenaga.
4) Minum banyak air
Wanita hamil dinasihatkan minum lapan gelas air setiap hari kerana mereka memerlukan air yang cukup bagi diri dan bayi. 33 peratus pertambahan berat badan sewaktu hamil adalah air. Air juga diperlukan bagi membentuk sel darah merah bayi dan menagwal suhu badan si ibu.
The post Diet Yang Betul Sewaktu Hamil appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment