Buat Sendiri Masker Anda

Jangan tidak tahu ya, barang- barang dari dapur anda boleh digunakan sebagai bahan untuk resipi kecantikan wajah bagi merawat kulit berminyak. Lebih jimat dan kreatif!

Wajah berminyak lazimnya terjadi kerana pengeluaran sebum yang berlebihan lantas menutup liang-liang pori kulit. Wajah akan kelihatan kusam, munculnya bintik hitam dan jerawat kemerah-merahan. Wajah juga akan kerap berpeluh dan lebihan minyak akan muncul pada bahagian T-Zone.

Selain daripada menggunakan produk kecantikan yang khusus untuk merawatnya, apa kata sesekali anda mencuba membuat masker sendiri pada hujung minggu untuk merawat kulit berminyak ini. JELITA kongsikan dengan anda bagaimana anda boleh merawat kulit berminyak dengan menggunakan bahan-bahan segar ini. Yang penting, anda harus  rajin dan bijak menggunakannya.

 

Masker Pisang

  1. Potong buah pisang secara kecil dan lenyekkan di dalam satu bekas.
  2. Perah lemon sehingga mendapat jusnya, dan campurkan bersama dengan beberapa titisan madu.
  3. Kemudian, kisarkan buah pisang tadi dan adunan tadi.
  4. Letakkan adunan tadi pada wajah dan biarkan sehingga 30 minit. Akhir sekali, bilas dengan air suam.

 

 

 

Masker Aprikot

  1. Gunakan apricot yang telah dikeringkan. Ambil beberapa biji dan kisarkan bersama kepingan bijirin dan tanah liat.
  2. Campurkan sedikitair agar adunan rata dan tidak menjadi terlalu pekat.
  3. Sapukan dengan lembut pada wajah, dan akhiri dengan bilasan air suam.

 

Masker Putih Telur

  1. Ambil putih telur dan gaul rata dengan jus perahan lemon.
  2. Kupas kulit timun dan kisarkan bersama dengan putih telur dan perahan lemon tadi.
  3. Selepas itu, gaul bersama tanah liat.
  4. Letakkan pada wajah adunan tadi dan biarkan ia mongering selama 20 minit.
  5. Bilas dengan air suam.

The post Buat Sendiri Masker Anda appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment