Nama Rajinikanth tidak perlu diperkenalkan lagi di India ataupun Bollywood. Dia bukan sahaja antara pelakon yang menerima bayaran tertinggi malah mencipta fenomena di India dan menjadi sanjungan buat pengemar-pengemar filem Tamil dan Bollywood.
Hero filem berusia 65 tahun ini masih lagi diminati dan dia adalah pelaris untuk filem yang dibintanginya. Masakan tidak, filem terbarunya, ‘Kabali’ yang telah mula ditayangkan 22 Julai lalu telah mencecah kutipan pecah panggung dalam masa empat hari ditayangkan. Malah mencatat kutipan terkini melebihi 7 juta pound seluruh dunia. Jauh meninggalkan filem terhangat terbaru lakonan Salman Khan – ‘Sultan’.
Rajinikanth mempunyai bilangan peminat dan pengikut yang besar di India. Ini terbukti apabila beberapa syarikat di bahagian selatan India dimana tempat kelahiran Rajinikanth memberikan cuti satu hari kepada pekerja-pekerja mereka kerana tayangan Kabali jatuh pada hari jumaat.
Rajinikanth pernah berkata, “Jika kebanyakan orang memenuhi panggung ketika musim cuti, saya pula mencipta cuti untuk mereka”!
Bermakna, kebanyakan penduduk India mendapat cuti percuma hanya kerana mahu menyaksikan filem terbarunya di pawagam! Dia juga dihormati oleh penduduk di India dan dianggap sebagai lagenda terhebat dimana apabila dia jatuh sakit dua tahun lalu, seramai lebih 1000 orang membotakkan kepala dalam satu majlis mendoakan dia sembuh di India.
Bercerita lanjut mengenai filem Kabali, kos pembikinannya dikatakan lebih murah berbanding bayaran yang diterima oleh Rajinikanth. Kabali mengisahkan tentang seorang samseng dari Malaysia (Rajinikanth) yang mahu melindungi keluarga dan perniagaannya daripada musuh-musuhnya. Malah Kabali turut membariskan dua pelakon Malaysia iaitu Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim sebagai watak cameo. Dalam filem tersebut, anda boleh saksikan satu adegan pertarungan di antara Rajinikanth dan Rosyam Nor. Kabali telah ditayangkan serentak seluruh dunia bermula Jumaat, 22 Julai, manakala versi bahasa Melayu pula akan ditayangkan bermula 29 Julai ini.
Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim terlibat membintangi filem lakonan Rajinikanth – Kabali
Foto: wikipedia.com / http://ift.tt/2agrN9p
The post Rajinikanth Lagenda Terhebat Di Bollywood! appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment