Keajaiban Baby Powder Yang Perlu Anda Tahu

Baby Powder atau bedak bayi bukan untuk bayi sahaja! Bedak wangi ini juga boleh digunakan untuk pelbagai trik kecantikan yang mungkin anda tidak pernah tahu.

53611986 - white talcum powder on the wood floor

Daripada menyingkirkan kotoran pada pakaian, haruman untuk badan sehinggalah untuk bahan asas mekap anda. Menariknya, bedak bayi mudah didapati dipasaran, harga yang berpatutan dan mudah dibawa kemana-mana sahaja. Jelita senaraikan baby powder hacks yang anda perlu tahu! Selepas ini anda pasti berterima kasih dengan bedak bayi.

Menyerikan Rambut

Bedak bayi adalah produk yang selamat untuk digunakan keatas rambut yang berminyak dan berbau. Tabur bedak bayi keatas sikat berus dan sikat rambut anda sari akar ke hujung rambut. Ianya menyingkirkan minyak berlebihan dan membuatkan mahkota tubuh anda kelihatan segar dan berbau harum sepanjang hari. Anda juga boleh usapkan kan sahaja bedak bayi keatas rambut menggunakan tapak tangan.

Haruman Untuk Si Manja

Si manja yang Jelita maksudkan bukannya bayi anda, tetapi si comel, kucing peliharaan anda di rumah. Bedak bayi sesuai digunakan untuk bulu kucing apatah jika anda mahu memandikannya. Caranya, selepas si manja dikeringkan, tabur bedak bayi di tapak tangan dan usap bulu kucing anda secara perlahan dalam satu arah. Bukannya kucing anda akan berbau harum, malah bulunya akan lebih bersih dan si manja pasti sukakan belaian dan haruman bedak bayi itu.

Singkirkan Pasir Pantai

Jika anda bercadang mahu bersantai di pantai, bawa sekali bedak bayi bersama anda. Selepas puas berlari di tepian pantai, sapukan bedak di kaki dan pakaian kerana ianya memudahkan anda untuk membuang pasir yang melekat. Ibu bapa yang ada anak kecil, mesti bawa produk ajaib ini jika ke pantai. Si suami pasti sukakanya apatah lagi kereta anda akan bebas daripada sisa pasir yang berdebu itu.

Terapi Waktu Tidur

Pilih bedak haruman lavender, dan taburkannya di atas katil empuk anda sebelum tidur. Ianya menyejukkan cadar dan haruman lavender membantu anda tidur lebih nyenyak. Beday bayi mampu menurunkan suhu panas waktu malamdan menyegarkan fabrik. Mimpi indahlah anda selepas itu.

Penyelamat Mekap

Sebelum anda menggunakan maskara, letakkan sedikit bedak bayi di bulu mata anda. Bulu mata anda pasti kelihatan lebih tebal dan panjang! Anda juga boleh gunakan bedak bayi sebagai ganti bedak asas untuk menyerap minyak di muka. Bedak bayi berbau lebih harum dan ajah anda kelihatan lebih bersih dan segar. Sesuai juga digunakan selepas bercukur untuk meredakan kulit. Tak percaya? Cubalah.

Foto: 123rf.com

The post Keajaiban Baby Powder Yang Perlu Anda Tahu appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment