“Memang saya ada bida tapi saya dapat tahu ada bidaan lebih tinggi, sakitnya hati,” kata Datuk Seri Vida yang mengakui membida untuk membeli nombor pendaftaran ‘F 1’ yang nilai bidaannya kini sudah melebihi RM1 juta.
Namun, Vida mengakui dia juga sedang menilai semula bidaan tetapi sama enggan mendedahkan nilai dibidanya.
“Saya nak barang tu (nombor pendaftaran ‘F 1’) tapi jadi mahal pula. Geram saya,” jawabnya.
Bagi Vida, F 1′ ada maksud tersendiri untuk dirinya menyebabkan dia benar-benar mahukan nombor pendaftaran berkenaan.
“Dia ‘relate’ (berkaitan) kepada produk saya Pamoga Qu Puteh kerana sayalah pencetus produk minuman kesihatan lapan tahun dulu.
“Saya ‘struggle’ (berusaha keras) untuk buat minuman kesihatan macam ini. Lepas tu ramai orang ikut, tiru-tiru.
“Formula nombor satu sebenarnya, ‘I love to be number one’ (Saya suka menjadi nombor satu) dan nak jadikan dia ‘number one’ sokmo (nombor satu sepanjang masa),” katanya.
0 comments :
Post a Comment