Biskut Raya Pilihan Ramai Setiap Tahun

Oleh : Farhana Fuad

Gambar : shutterstock

 

 

Setiap tahun, selain dari ketupat, lemang dan rendang, hidangan manisan yang mesti ada kala meraikan lebaran adalah biskut raya. Ia umpama satu kemestian untuk setiap rumah menghidangkan ahli keluarga serta sahabat handai yang datang beraya dengan biskut raya.

 

 

Biskut raya yang pelbagai jenis dan rasa punya satu tarikan buat kanak-kanak selalunya kerana bentuk juga rasanya yang hadir dengan variasi rona serta tampak sentiasa menyelerakan.

 

 

EH! senaraikan lima jenis biskut raya yang popular serta menjadi pilihan ramai setiap tahun.

 

Biskut Tart Nenas

biskut raya

 

Tart nenas punya bentuk bermacam-macam, ada yang digulung dan ada pula yang bulat. Tart Nenas yang sedap mestilah mempunyai kulit yang lembut, tidak terlalu tebal dan terlalu rapuh. Paling penting jem nenasnya, mestilah manis dan padat.

 

 

Biskut Cornflakes Madu

biskut raya

 

Biskut cornflakes selalunya diisi di dalam bekas kecil. Ia juga sering ditambah dengan madu untuk lebih kemanisan dan coklat halus sebagai topping di atas.

 

Almond London

biskut raya

Almond London ternyata sejenis biskut raya yang tidak sah jika tidak ada kala di hari raya. Berisikan badam di dalam biskut dan diselaputi coklat serta hirisan badam sebagai topping.

 

Biskut Semprit

biskut raya

 

Biskut semprit kadang kala juga hadir dengan dihiasi taburan gula berwarna-warni di bahagian lapisan atas untuk lebih keenakan.

 

 

Biskut Batang Buruk

biskut raya

 

Boleh kata kuih batang buruk setiap kali raya adalah satu kemestian dan sering dinanti-nantikan ramai. Kerangupannya serta hampas biskut juga menjadikan kuih batang buruk satu keistimewaan.

 

 

 

 

 

The post Biskut Raya Pilihan Ramai Setiap Tahun appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment